★Pesanan terakhir RASULULLAH :)
Assalamualaikum .
''Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak
kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan
kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu
sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara
kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang
yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu
hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh
dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba hambamu ''
. …
Labels: :D
Older Post | Newer Post