★Ujian Allah.
Saturday, 1 September 2012 // 0 comment[s]
Assalamualaikum.
Ujian Allah. Sebagai manusia biasa, sesungguhnya kita tidak akan lari dari menerima ujian Allah. Ada yang diuji dengan penyakit, ada yang diuji dengan MALAS BELAJAR, ada yang diuji dengan masalah keluarga yang membebankan, ada yang diuji dengan anak yang cacat dan pelbagai lagi. Namun, sedar tak yang sebenarnya Allah uji kita untuk menilai sejauh mana keimanan kita dan sejauh mana keredhaan kita? Semasa kita diuji, sebenarnya Allah ingin memelihara kita dari keburukan. Setiap apa yang diuji, mesti ada hikmah disebaliknya. Kadang kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari cari dimanakah matahari, tetapi sebenarnya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah.
Haa! Cakap pasal malas belajar. semua orang malas belajar aku rase. tapi bukan lah mals hok gila gila malas tuh. aku pun bukan rajin sangat nak study. Ikut mood aku ahh. Aku rase nak study, aku study. Taknak , bia ke lantok. Malas study ni pun ujian allah jugak. Yelah, mesti ada hikmah disebalik malas study tuh. Contohlah kan, dah malas study tuh, then bila exam, failed. Mesti mase tu rase haih, bakpe ah tak study. Mase tuh baru kita sedar kan. Rase nak study, Dah orang hok rajin study tuh? Ujian jugak. Yelah. Doh rajin study kan, pastu orang puji ' rajinnya dia study' Dahh! riak kat situ. Nampak tak?
Surah Al Kahfi ; ayat 7
'Sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya.
Hidup kita memang penuh dengan dugaan dan ujian. Tipulah kalau ada yang cakap hidup dia takde ujian dari Allah. Sebenarnya, tanpa ujian dari Allah, hidup kita didunia ini mesti hambar. Dan dalam menghadapi ujian Allah, kita kena bersikap positif, sabar dan menerima ujian itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Setiap ujian itu ada maksud tersirat yang dan ramai yang tak tahu hikmah sebalik ujian itu.
Wish me gudluck :) SPM trial .
|