+Follow MeDashboard


I Love HIM Infinity

Music In Me ♥
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

Navbar at the word of Love HIM Infinity. Thankyou :]

Entertain yourself. Choose your song at playlist :]

Puisi untuk dia.
Tuesday, 14 May 2013 // 0 comment[s]

In The Name of Allah The Most Merciful and Grateful


Detak hatiku bergetar. Di langit ku terlihat kamu. Tenang malam menemaniku disini. Dengan angin meniup sayu. Ku leka menaip segalanya disini. Mencoretkan segala isi hati yang terpendam dengan harapan dia membaca segalanya. Segala memori yang tercipta antara aku dan dia. 

Kedukaan dan kebahagiaan. Dua perkara yang rumit. Sungguh rumit. Tiada apa yang mampu diungkapkan. Hebat perancangan yang DIA aturkan. Sungguh aku akur dan pasrah dengan ketentuannya. Di dalam kedukaan ini, DIA aturkan sebuah kebahagiaan untuk aku kecapi. Biarpun kebahagiaan itu hanya seketika. Namun aku bersyukur. 

Telah lama aku makan hati. Dari satu entri ke entri yang lain. Kau hadir hanya untuk menyakitkan hati ini. Lebih baik kau pergi. Aku tidak mahu kebenciaan terhadapmu bercambah di dalam diriku ini. Tiada guna aku bertahan dan bersabar lagi. 

Kali ini, ku pacakkan tinggi egoku. Aku menolak segala perasaan. Ye, sayang tapi buat masa ini, keegoaan aku perlu diutamakan. Cukup selama ini aku menunduk. Biar aku mendongak kali ini. Mendongak untuk melihat segala kata kata yang telah ditujukan kepadaku. 


Aku seperti botol air yang telah dikitar semula oleh kau. Dah kau kemek, pijak dan buang. Bila mahu, kau bentukkan semula. Namun, takkan sama dengan rupa asal botol itu. Namun, tidak mengapa. Aku telah lali :)








Older Post | Newer Post