|
★Puisi untuk dia.
Tuesday, 14 May 2013 // 0 comment[s]
In The Name of Allah The Most Merciful and Grateful
Detak hatiku bergetar. Di langit ku terlihat kamu. Tenang malam menemaniku disini. Dengan angin meniup sayu. Ku leka menaip segalanya disini. Mencoretkan segala isi hati yang terpendam dengan harapan dia membaca segalanya. Segala memori yang tercipta antara aku dan dia.
Kedukaan dan kebahagiaan. Dua perkara yang rumit. Sungguh rumit. Tiada apa yang mampu diungkapkan. Hebat perancangan yang DIA aturkan. Sungguh aku akur dan pasrah dengan ketentuannya. Di dalam kedukaan ini, DIA aturkan sebuah kebahagiaan untuk aku kecapi. Biarpun kebahagiaan itu hanya seketika. Namun aku bersyukur.
Telah lama aku makan hati. Dari satu entri ke entri yang lain. Kau hadir hanya untuk menyakitkan hati ini. Lebih baik kau pergi. Aku tidak mahu kebenciaan terhadapmu bercambah di dalam diriku ini. Tiada guna aku bertahan dan bersabar lagi.
Kali ini, ku pacakkan tinggi egoku. Aku menolak segala perasaan. Ye, sayang tapi buat masa ini, keegoaan aku perlu diutamakan. Cukup selama ini aku menunduk. Biar aku mendongak kali ini. Mendongak untuk melihat segala kata kata yang telah ditujukan kepadaku.
Aku seperti botol air yang telah dikitar semula oleh kau. Dah kau kemek, pijak dan buang. Bila mahu, kau bentukkan semula. Namun, takkan sama dengan rupa asal botol itu. Namun, tidak mengapa. Aku telah lali :)
★Kau insan tepilih
Saturday, 4 May 2013 // 0 comment[s]
In The Name of Allah The Most Grateful and The Most Merciful.
Ya Rabbi,
aku sayangkan seorang hambaMu ini
bantulah dia menjaga hatinya
jangan Kau biarkan dia terus menderita tanpa seseorang yang dia mampu harapkan dan inginkan.
Ya Rabbi,
Berikanlah dia kebahagiaan didunia dan diakhirat
Jangan kau biarkan walau seorang pun menyakitinya
buat insan yang disayangi, kuatkanlah hatimu. Hidup ini adalah gelanggang perlawanan bagi setiap yang merasai akan kehidupan. Usahakanlah agar dirimu bahagia tanpa kata dan petunjuk insan. Berikanlah ruang kepada hati dan dirimi sendiri merasai apa itu nilai kebahagiaan. Jangan biarkan dirimi dalam kesedihan dan kesakitan. Bila aku tahu, aku turut merasai apa yang kau rasakan.
Sayang,
aku percaya pada jodoh dan pertemuan
jika antara kita masih menyimpan perasaan
suatu saat pasti akan dipertemukan.
tapi hatiku sendiri tiada keyakinan
apakah mungkin ada ikatan
antara kita yang terlalu berbeza
dalam menilai setiap habuan.
Aku sayang namun tak mampu diluahkan
aku rasa perlu namun semuanya diputuskan
aku berharap namun hanya dalam angan yang penuh bayangan
aku memegang pada janji yang tak pernah kau sangkakan.
|